perkembangan kebun perumahan 26 Ogos 2014

Alhamdulillah dapat melihat perkembangan kebun sebelum pergi kerja. Cuaca masih lagi mendung dan kerap hujan di pagi hari. Pagi ini perancangan untuk menuai petola bantal tergendala. Petola bantal perlu dituai segera sebelum isinya berserat dan biji benih menjadi keras. Disamping itu, berat buah petola dikhuatiri akan menyebabkan talian telefon jiran tergangu.

Masalah sekarang ialah tiada alat yang sesuai untuk menuai petola bantal ini dan masa semakin suntuk

Benih labu
Benih labu dari varieti kulit menggerutu nampaknya tidak berjaya dicambah. Benih menjadi busuk selepas hampir seminggu didalam tanah. Jadi perlu sedikit analisa untuk memastikan percubaan seterusnya akan berjaya. InsyaAllah akan cuba menggunakan tanah kompos untuk percubaan yang seterusnya. Jika masih tidak berjaya, mungkin benih segar dari labu yang dibeli dari pasar akan digunakan.

Benih Timun
Nampaknya hanya dua benih daripada lebih 20 biji benih yang disemai berjaya bercambah. Ada beberapa kemungkinan seperti biji benih lama atau kurang berkualiti. Sebagai ganti, benih timun jepun akan cuba di semai.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus