perkembangan kebun perumahan terbaru, 19 Ogos 2014

Alhamdulilah dapat melihat perkembangan kebun perumahan. Diantara catatan:

Zucchini
Alhamdulillah zucchini sudah bercambah, harap harap akan tumbuh dengan baik

Petola bantal
Petola bantal yang bergayut dibelakang rumah semakin membesar. Sekarang harus memikirkan cara hendak menuai tanpa merosakkan buah petola dan mengelakkan talian telefon jiran terganggu. Perlu dipangkas segera walaupun tarikan untuk menambahkan hasil dari petola bantal.

Labu dan timun
semaian labu dan timun belum bercambah. Bekas semaian pula terdedah kepada air hujan dari bumbung yang bocor. Jadi ada benih yang tercampak keluar dari bekas semaian. Hujan adalah rahmat dan alhamdulilah selepas diletakkan plastik diatas bekas semaian, hujan tidak menjadi masalah lagi.



Terung
Terung pertama dituai. Terung jenis hijau.Tuaian perlu dilakukan untuk menggalakkan lagi penghasilan bunga dan buah terung. Jika tidak, terung tidak akan produktif. Jika ingin menyimpan buah terung untuk dijadikan benih, boleh dilakukan apabila hayat tanaman sudah dipenghujung atau pokok sudah tidak produktif lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus