petola bantal sudah menjalar ke cucur atap

Petola bantal yang jarang jarang berbuah sudah menjalar melalui wayar telefon dan sampai ke cucur atap. Kemudian bunga betina mula keluar dan buah putik sudah kelihatan di tiang telefon. Nampaknya pokok petola bantal ingin berbuah di tempat tinggi. Mungkin untuk mengelakkan daripada buah diambil.

Namun, sulur petola ini perlu di cantas kerana mengganggu dan dikhuatiri akan semakin merebak ke rumah jiran. InsyaAllah akan menuai dulu buah petola sebelum dicantas. Kemungkinan akan bawa balik benih petola supaya boleh menjalar di ruang yang sepatutnya.

gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus