tuaian hujung minggu 24 Ogos 2014

Alhamdulillah dapat menuai sedikit hasil daripada kebun perumahan. Tidak banyak tetapi cukup untuk dijadikan lauk makan malam. Cuaca hujung minggu mendung sepanjang hari. Tidak banyak aktiviti berkebun yang dapat dilakukan.

Terung hijau diluar rumah nampaknya dari varieti terung telunjuk. Lobak putih pula segar dimusim hujan ini. Satu pasu dituai kesemuanya supaya boleh disemai benih sayur yang baru.


anak zucchini


Petola bantal dibelakang rumah pula masih lagi belum dituai. Rasanya masa yang sesuai untuk menuai ialah waktu awal pagi.

Lain lain aktiviti yang dilakukan ialah memindahkan cambahan benih timun dan peria ke bekas yang lebih besar.

InsyaAllah pada hujung minggu ini akan balik ke kampung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus