tuaian petola bantal dan perancangan kebun perumahan

Alhamdulillah dapat menuai petola bantal belakang rumah perumahan.

Petola yang menjalar ke tiang telefon sudah sedia dituai. Namun, kedudukannya yang tinggi menyebabkan sukar untuk dipetik. Galah yang selalu digunakan pula patah ketika memangkas sulur petola bantal beberapa bulan lepas. Buah berjaya dituai namun jatuh ke atas tar menyebabkan buah pecah.

Perancangan asal untuk menuai petola bantal dalam masa lima minit bertukar menjadi lebih setengah jam. Sedar sedar waktu berbuka sudah tiba. Jadi, niat untuk menjadikan petola sebagai lauk berbuka terpaksa ditangguhkan dahulu. Buah dibuang kulit dan disimpan dahulu didalam peti sejuk.

Perancangan menuju akhir Ogos 2014

InsyaAllah akan merancang beberapa penanaman eksperimen

Zucchini
Percubaan pertama gagal walaupun benih berjaya bercambah kerana diserang oleh serangga. Untuk percubaan kedua, akan menggunakan tanah medium baru dan ditanam di dalam rumah di tempat yang mendapat cahaya penuh matahari. Jadi keadaan persekitaran lebih terkawal

Sayur
InsyaAllah akan cuba menanam sayur sayuran juga didalam bekas hidroponik dan tempatkan di kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus