aktiviti kampung cuti hari Malaysia 2014

Alhamdulillah cuti hari Malaysia tahun ini dapat berjalan jalan ke Baling. Antara aktiviti yang dijalankan.

Mandi air panas Ulu Legong
Ramai pengunjung di air panas ulu legong, waktu yang terbaik untuk mengelakkan kesesakan ialah awal pagi sekitar jam 9 pagi. Matahari masih belum naik dan udara masih lagi sejuk. Jika boleh, sewa dahulu inap desa sekitar kawasan air panas. Dulu dulu kawasan air panas ini adalah kawasan sawah. Kawasan air panas ini sebenarnya tidak jauh dari sempadan siam.

Singgah rumah tok yam
Alhamdulillah singgah rumah tok yam untuk ziarah. Disamping itu, dapat melakukan aktiviti panjat pokok rambai dan mengutip buah dokong.



ibu ayam di kampung tok yam mampu membela sehingga sepuluh ekor anak ayam. Mungkin banyak sumber makanan

Di rumah tok yam juga ada pokok beka yang besar. Buah beka sedap dibuat ulam.

Sebelum balik, kami dapat singgah di kenduri kahwin di Baling. Alhamdulillah dapat sampai dengan selamat ke Pulau Pinang.

Terima kasih pada kak chik yang jemput kami ke Baling.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus