balik kampung 21 September 2014

Alhamdulillah, dapat balik kampung minggu lepas,

Antara aktiviti minggu ini




Peria
Daun pokok peria habis diratah siput. Nampaknya, mungkin terpaksa menyemai lagi benih peria. Mungkin kali ini peria akan dibiarkan merimbun didalam bekas polibeg sebelum dipindahkan ke tapak semaian.

Petola bantal
Alhamdulillah petola bantal semaking membesar dan sudah memanjat ke atas pokok besar. InsyaAllah akan dapat merasa buah petola dalam sebulan dua lagi.



Markisa
Alhamdulillah, markisa sudah mengeluarkan buah buah. InsyaAllah akan cuba diberi baja supaya lebih banyak berbuah.




Terung
Terung sarawak sudah mula lekat buah. Hanya sepokok terung sarawak yang hidup. Manakala terung terung varieti lain perlu dibaja supaya lebih banyak berbuah.

Survey tempat untuk tanam labu
Anak benih labu akan di semai dibeberapa tempat berpotensi. Harus dielakkan daripada ditanam dikawasan yang rendah dan selalu ditakung air.

Memancing
Waktu singkat sebelum balik semula ke Pulau Pinang digunakan untuk memancing. Tidak ada hasil kali ini, cuma dapat menyaksikan ramai orang orang kampung mengambil kesempatan waktu petang untuk memancing ikan darat.

Ulasan

  1. Kenapa tak letak gambar pokok-pokok yang tumbuh tuu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahad lepas sesi pengambaran terpaksa ditunda, kerana hujan lebat awal pagi :),

      insyaAllah akan cuba dapatkan gambar minggu ini

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos