balik kampung 27 September 2014

Alhamdulillah, dapat balik kampung lagi minggu ini. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan kerana jadual padat.



Pokok timun sedang membesar, cuma tidaklah begitu menarik tumbesarannya. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan baja pada peringkat awal pertumbuhan.

Minggu depan, akan cuti hari raya aidil adha. InsyaAllah akan digunakan sebaiknya untuk aktiviti kebunkampung. Diantara perancangan hujung minggu ini.

1. Siapkan bekas kompos
Bekas tangki air lama akan dijadikan sebagai tempat untuk kompos di kampung.

2. Buat tempat menanam labu
Beberapa tempat menanam labu sudah dikenal pasti. Sebanyak mungkin labu akan disemai dan harap harap ada yang akan membesar dan berbuah.

3. Pembajaan terung dan timun.
Timun dan terung perlukan lebih banyak pembajaan.

4. Memancing
Jika berkesempatan, waktu petang akan digunakan untuk memancing ikan didalam bendang.

5. Tanam daun kesum, pokok pandan dan bunga kantan.
Kawasan berhampiran parit dan lembap sesuai untuk ditanam dengan daun kesum dan pokok pandan. Manakala kawasan berhampiran pagar sesuai untuk ditanam dengan bunga kantan.

6. Bela baru ikan kaloi
InsyaAllah akan beli beberapa ekor ikan kaloi sabah untuk dibela di kampung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus