balik kampung 31 Ogos 2014

Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini setelah dua minggu tidak dapat balik ke kampung. Cuaca kebelakangan ini mendung dan hujan. Keadaan banjir berlaku beberapa hari di kampung sebelum surut pada hujung minggu.

Antara aktiviti hujung minggu lepas di kampung

1. Tuai terung
Terung dapat dituai beberapa biji kali ini. Ada empat vareiti terung di kampung. Tak sia sia pemindahan semaiaan dari kebun perumahan ke kebun kampung.



2. Tebang pokok pisang
Pisang di belakang rumah pula banyak yang sedang masak. Jadi beberapa tandan pisang ditebang. Jantung pisang juga diambil dari pokok pisang untuk dibuat kerabu dan ulam.


3. Pindah semaian timun dan peria
Alhamdulillah semaian timun dan peria berjaya dibawa balik ke kampung. Benih timun yang ditanam sebelum ini telah terbantut. Kemungkinan kerana kekurangan baja dan kondisi tanah yang tidak sesuai.


4. Petola bantal dan kundur
Pokok petola bantal nampaknya berjaya hidup, kini sudah menjalar ke batang pokok yang mati. InsyaAllah akan dilakukan pembajaan supaya lebih subur lagi. Disamping itu, pokok buah kundur mak teh yang terletak dekat dengan rumah juga sudah mulai lekat buah. Kelihatan buah buah kundur mulai membesar.

5. Buah markisa
Nampaknya penantian selama hampir dua tahun tidak sia sia apabila pokok markisa mulai berbunga. InsyaAllah akan cuba biakkan keratan markisa kerana dikatakan lebih cepat berbuah.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus