balik kampung 6 September 2014

Alhamdulillah, dapat balik ke kampung minggu lepas tengok mak dan ayah di kampung. Padi sudah diambil dan adalah sedikit masa mak dan ayah untuk berjalan jalan sementara menunggu musim penanaman padi yang baru.

Masa begitu singkat kali ini di kampung. Tak sempat hendak menjenguk jauh di dalam kampung. Antara aktiviti kali ini.

Perkembangan kebun kampung
Terung varieti lonjong sedia untuk dituai, rasanya sudah terjadi kacukan benih benih terung yang disemai sebelum ini. Buah dibiarkan dahulu dipokok.

Peria dan timun yang disemai minggu lepas nampaknya masih bertahan. Harap harap akan terus membesar.

Haruan masak pindang
Alhamdulilah mak masak haruan yang dipancing beberapa bulan lepas. Rupa rupanya haruan ini ada telur. Jadi bolehlah mencari lagi ikan haruan dan ikan darat yang lain kerana sekarang musim menuai padi.

InsyaAllah akan balik kampung lagi dalam seminggu dua lagi untuk projek kebun kampung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus