perancangan kebun kampung bulan oktober 2014

InsyaAllah jika ada rezeki dan umur yang panjang. Beberapa perancangan akan dijayakan untuk kebun kampung.

1. Tanam pokok pecah beling & kaduk
Pokok pecah beling akan disemai dan dijadikan sebahagian rimbunan pagar belakang rumah. Disamping itu, daun kaduk juga akan cuba disemai lagi. InsyaAllah daun pecah beling boleh dijadikan jus dan diguna sebagai makanan tambahan ayam.

2. Tanam pokok bunga kantan
Pokok bunga kantan banyak di rumah tuk timah. Tapi ruang perumahan yang sempit menyebabkan tidak banyak yang dapat ditanam. InsyaAllah benih pokok bunga kantan akan di ubah. Semasa di rumah tuk timah yang lama, pokok bunga kantan amat senang berbunga. Selalu mengutip hampir sepuluh bunga kantan.

3. Buat persediaan pameran tanaman
InsyaAllah akan menyertai pameran tanaman yang menunjukkan teknologi ringkas penanaman di kawasan kebun perumahan dan bagaimana menggunakan ruang yang ada.

4. Semaian biji benih
Beberapa biji benih akan dipilih untuk disemai. Kemungkinan beberapa vareiti labu air untuk menjadikan dinding tepi rumah sebagai ruang memanjat. Harap harap kali ini dapat merasa tuaian labu air.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus