perkembangan semain labu, 8 Sep 2014

Alhamdulillah semaian benih labu kali ini berjaya. Benih labu dari vareiti kulit hijau disemai didalam kompos Freepeat. Selepas seminggu semaian, benih mulai bercambah. Cambahan tidak serentak. Ada yang bercambah selepas beberapa hari. Jadi pelbagai peringkat pertumbuhan dapat dirakam.




Kini selepas hampir seminggu, daun sebenar labu sudah mula keluar. Jadi perlu di pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar. Jika perancangan menjadi, benih benih ini akan di bawa balik ke kampung. Dengan ruang yang besar, insyaAllah akan merasa hasil daripada labu pula.

Ulasan

  1. Sya tanam labu belum berjaya, dah berputik tapi putiknya gugur sebiji pun tak lekat...baru semai lagi..harap2 kali ni menjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga tanaman labu berjaya :), boleh cuba pendebungaan secara manual untuk memastikan bunga labu lekat buah

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos