tuaian petola bantal hujung minggu lepas, 30 Ogos 2014

Alhamdulillah petola bantal yang tergantung di wayar telefon di belakang rumah akhirnya berjaya di tuai. Memang menjadi cabaran untuk menuai buah petola bantal kerana kedudukannya yang tinggi. Disamping itu, kerengga pula sudah mula membuat sarat. Digagahi juga usaha untuk menuai petola ketika hari semakin panas. Cermin mata hitam terpaksa dipakai untuk mengelak sinar matahari. Akhirnya, Dua biji buah petola dituai. Saiz buah yang paling besar boleh mencecah 500g.



Masih ada dua biji buah yang belum dipetik dan dibiarkan membesar lagi. Namun, sudah jadi rezeki orang, petola bantal yang belum dituai sudah diambil orang semasa balik ke kampung. Jadi diniatkan sedekah sahajalah. Masih ada lagi putik putik bunga yang insyaAllah akan menjadi buah buah petola yang baru.

Dua biji buah petola dibawa balik ke kampung ke rumah tuk timah. Boleh nanti di buat petola masak air. Buah sesuai dituai selepas buah berhenti membesar. Ketika itu biji petola masih lembuh dan serat masih belum keras.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus