perkembangan kebun perumahan 1 Disember 2014

Alhamdulillah, dapat membuat sedikit kerja untuk kebun perumahan. Diantara perkembangan terbaru.

Cili solok
Alhamdulillah cili solok yang disemai seminggu lalu sudah bercambah. Ini kali pertama percambahan berjaya dilakukan. Sebelum ini benih benih yang dibeli langsung tidak bercambah.

Zucchini
Pertumbuhan zucchini masih pelbagai, nampaknya memang betul benih zucchini lebih sesuai ditabur terus dan tidak dipindahkan. Zucchini yang ditanam dalam polibeg dan ditempatkan ditempat sedikit redup paling cepat membesar dan sudah mengeluarkan bunga jantan.

Timun panjang armenian
Timun panjang armenian sudah mula mengeluarkan bunga jantan walaupun saiz pokok tidak sampai saiz lidi penyapu.

Membeli perkakasan kebun
InsyaAllah akan membeli satu tangga bagi memudahkan urusan memangkas pokok petola bantal supaya tidak mengganggu jiran perumahan.

Terung
Hujan yang konsisten menghasilkan buah terung yang besar dan banyak. InsyaAllah akan dituai beberapa hari lagi.

Tomato dan arnab
Arnab yang lompat daripada sangkar telah memakan beberapa pokok tomato ceri.

Semaian sayur jenis daun
InsyaAllah akan menyemai beberapa jenis sayur daun seperti kailan dan bayam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus