balik kampung 21 Disember 2014

Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini. Minggu peperiksaan sudah tamat. Jadi ada sedikit masa untuk aktiviti aktiviti sebelum semester bermula kembali. Diantara perkembangan:

Ulam lemak ketam
Kebetulan, di RTC Pekan Napoh ada jualan pokok pokok benih. Kali ini, jumlah kedai lebih banyak. Ada yang menjual pokok bunga hiasan seperti orkid dan ada juga penjual pokok pokok buah buahan.

Ada penjual yang menjual pokok pokok benih ulaman seperti tenggek burung, putat dan ulam lemak ketam. Jadi. disebebkan ulam lemak ketam belum ada, dua pokok berharga RM 18 dibeli.


Kebun di kampung
Rupa rupanya, pokok terung dari varieti terung ungu masih lagi bertahan daripada kesan banjir. Manakala terung jenis sarawak dan belang hijau tidak bertahan.

Kesan banjir juga menyebabkan pokok belimbing buluh yang berusia lebih setahun mati.

Pokok pokok labu juga habis mati disebabkan air banjir.

InsyaAllah "raised bed" akan dibuat di kebun kampung supaya dapat menahan kesan air banjir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus