jalan jalan perlis, 14 Disember 2014

Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini dan berjalan jalan ke Perlis.

Cuaca sekarang sudah hampir memasuki fasa musim timur. Padi padi sepanjang lebuh raya Changlun ke Kuala Perlis dalam fasa using dua bulan. Dalam tempoh sebulan lebih lagi insyaAllah dapat melihat sawah padi mula menguning.

Waktu malam dan pagi cuaca menjadi berangin dan dingin. Biasanya musim ini akan berlanjutan sehingga bulan tiga.

Bang Cik Man menanam bendi di belakang rumah. Walaupun sedikit sahaja ruang tanah, bendi yang tumbuh begitu subur. Bendi elok ditanam terus ke tanah daripada di biarkan didalam bekas benih.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus