lebah tukang dan petola bantal

Alhamdulillah petola bantal banyak mengeluarkan hasil. Cuma tidak sempat untuk dituai dan ada yang menjadi kering di tangkai.



Petola bantal akan cuba memanjat setinggi mungkin. Apabila dirasakan tempat tinggi sudah dicapai, pokok petola akan mengeluarkan bunga jantan diikuti dengan bunga betina.

Dikawasan perumahan, agen utama pendebungaan bunga petola bantal ialah lebah tukang.

Sebelum ini, berdasarkan pemerhatian pokok petola yang ditanam di belakang rumah. Lebah tukang hanya datang pada waktu tengah hari. Namun, rupa rupanya lebah tukang memulakan operasi pendebungaan sejak awal pagi.

Sebelum ke tempat kerja awal pagi, akan kelihat lebah tukang datang melawat bunga bunga petola bantal yang sedang berkembang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos