Penutup tahun 2014

Alhamdulillah tahun 2014 sudah tiba ke penghujungnya, dan tahun 2015 akan menjelma.

Diantara tanaman yang berjaya di kebun tahun ini

1. Terung pendek hijau
2. Petola bantal
3. Cekur hitam
4. Daun kaduk
5. Limau purut
6. Timun
7. Selasih
8. Bayam hijau/ merah
9. Lobak putih
10. Terung sarawak
11. Pecah kaca
12. Daun belalai gajah
13. Daun sambung nyawa

Tanaman yang tidak berjaya tahun ini

1. Zucchini
tidak sesuai untuk tanah rendah
2. Kacang panjang
perlu pasu yang lebih besar
3. Cili
Pokok cili banyak yang terbantut tumbesaran
4. Putat merah
Tanaman dikampung kerap diganggu makhluk perosak
5. Labu
Pokok mati akibat banjir
6. Peria
Pokok mati dimakan siput
7. Daun kari
Pokok hidup segan mati tak mahu

Harapan tahun depan
1. Tomato ceri
2. Pokok tin
3. Pokok lemak ketam
4. Kacang buncis
5. Petola segi


Kenangan manis tahun ini
Terlibat didalam Makefaire Penang

Jangan lupa untuk terus berdoa dan membantu saudara kita di pantai timur yang terjejas akibat banjir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus