perancangan kemas kebun perumahan akhir Disember 2014

InsyaAllah jika masa mengizinkan, akhir Disember 2014 akan digunakan untuk mengemas kebun perumahan.

Antara kerja yang akan dilakukan.

1. Tukar bumbung lutsinar
Bumbung plastik lutsinar sekarang sedang mereput dan pecah. Kemungkinan akan ditukarkan dengan bumbung lutsisar baru. Alternatif lain ialah bumbung kaca yang tidak akan reput.

2. Kebun bahagian depan perlu dikemaskan. Pasu pasu panjang yang tidak digunakan akan di simpan atau disemai dengan benih baru. Pokok pokok herba perlu di pangkas supaya nampak lebih kemas dan cantik dipandang.

3. Sistem pengairan tanaman akan cuba di buat automasi. Buat masa ini, masih mencari alternatif terbaik. Cuaca sudah semakin menuju ke musim kering. Permukaan tanah didalam pasu besar mungkin boleh dilitupi dengan plastik untuk mengurangkan kesan penyejatan air.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus