perkembangan kebun kampung, 7 Disember 2014

Alhamdulillah, minggu ini perjalanan membawa ke negeri kedah dan perlis. Musim hujan masih berada di kemuncak. Pokok hujan kelihatan dan cuaca sentiasa mendung. Air didalam sungai sungai utama di Kedah dan Perlis penuh.

Di kampung, air sungai kembali naik dan banjir mula terjadi. Pokok pokok terung di belakang rumah sudah tidak dapat diselamatkan. Pokok petola bantal masih lagi bertahan dan tidak layu. Harap harap pokok ini akan terus bertahan sehingga banjir kali ini surut.

InsyaAllah selepas ini akan membuat batas kebun supaya kebun lebih kalis banjir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus