perkembangan kebun perumahan 19 Disember 2014

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan, dalam waktu waktu cuti untuk mengulangkaji subjek subjek peperiksaan.



Zucchini
Alhamdulillah zucchini sudah mula menunjukkan tanda tanda hendak mengeluarkan bunga betina. Sudah banyak bunga jantan yang keluar. Saiz pokok tidaklah sebesar pokok yang tumbuh di negara beriklim sejuk.

Petola bantal
Petola bantal dibelakang rumah sedia untuk dituai. Petola yang dituai sebelum ini sudah tidak elok untuk dimakan apabila disimpan lama didalam peti sejuk. InsyaAllah akan dijadikan kompos. Masih adal lagi yang baru membesar di atas tiang telefon. Kadar tumbesaran buah sangat cepat dan pokok sudah berusia hampir satu tahun.

Ulam ulaman
Selasih thai berkembang dan daun semakin besar apabila banyak hujan yang turun beberapa hari ini.

Semaian baru
Semaian stok benih bendi lama dibuat. Harap harap masih lagi dapat tumbuh. Begitu juga dengan semaian stok benih lama selasih thai. Kadar percambahan cuma 60 peratus bagi selasih thai mengikut label di bungkusan benih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus