perkembangan kebun perumahan, Disember 2014

Alhamdulilah dapat mengurus kebun perumahan sedikit. Antara perkembangan terbaru

Petola bantal
Petola bantal dibelakang rumah nampaknya tidal lagi banyak menjalar ke atas. Sebalik mengeluarkan sulur tepi pula dan mula berbuah.

Zucchini
Zucchini masih lagi mengeluarkan banyak bunga jantan, namun tidak berkembang. Zucchini di belakang rumah juga mula berbunga dan bunga jantan berkembang.

Terung
Benih benih terung baru sudah semakin membesar, sangat sesuai untuk dipindahkan ke petak tanaman. InsyaAllah akan cuba beri kepada rakan rakan dan cuba buat penghantaran melalui khidmat pos.

Tuaian sebelum ini dijadikan terung goreng dan juga dimasukkan kedalam kari kepala ikan.

Benih tanaman baru
Masih lagi menunggu pesanan benih tanaman baru. Harap harap akan tiba dengan selamat. Sangat sangat berharap benih benih cili akan diba.

Pudina
InsyaAllaha kan cuba biakkan keratan pudina untuk ditanam bersama sayuran lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus