tuaian kebun perumahan 2 Disember 2014

Alhamdulillah dapat membuat tuaian ringkas terung sebelum ke tempat kerja. Tujuh biji terung kecil dituai, muat muat tangan sahaja. Tuaian dibuat dengan menggunakan gunting dapur. Buah terung digunting rapat ke hujung dahan. Buah yang masih mudah lebih mudah dituai manakala buah yang lebih tua agak susah untuk dituan kerana tangkal sudah mulai berserat keras.

Masih ada lagi buah yang tidak dituai kerana terlindung. Warna buah terung juga yang hampir sama dengan warna daun.

InsyaAllah terung terung ini akan dijadikan hidangan untuk esok.

Petola
Namun, petola bantal yang diharap daripada pokok petola depan rumah tidak kesampaian kerana bunga betina tidak didebunga. Bagaimanapun, pokok petola nampaknya sudah mula mengeluarkan lebih banyak bunga jantan. Harap harap akan menarik perhatian lebah tukang untuk menjadikan halaman depan rumah sebagai tempat persinggahan insyaAllah.

Ikan kaloi & ikan keli
Hari ini juga, makanan ikan masih belum dibeli, harap harap ikan dapat bertahan. Faktor masa menyebabkan makanan ikan tidak dapat dibeli. Sebagai alternatif, nasi putih yang tidak habis  dan masih elok dijadikan makanan ikan ikan kaloi yang kelaparan.



Markisa
buah markisa yang dibawa balik dari kampung dijadikan jus ringkas. Walaupun luaran buah sudah kecut, namun isinya masih lagi elok dan lebih beraroma. Sangat manis dijadikan jus dan ditambah dengan sedikit madu lebah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus