30 minit sehari untuk berkebun

Alhamdulillah, untuk menjayakan misi berkebun dan lebih banyak sayur dapat dihasilkan, inisiatif meluangkan sedikit masa awal pagi untuk berkebun akan dilakukan.

Masa sebanyak 30 minit sehari akan digunakan terutama selepas aktiviti riadah awal pagi. Masa terluang untuk menyejukkan badan digunakan untuk mengurus tanaman, mengubah anak benih, menambah baja, menyediakan kompos dan aktiviti aktiviti lain berkebun.

Itu sahajalah masa yang ada dengan segala jadual tugas yang ada, insyaAllah usaha yang sedikit secara konsisten akan menghasilkan kepuasan dalam aktiviti berkebun. Selain itu, disiplin juga harus ditekankan didalam memastikan aspek kekemasan kebun. Ini bertujuan memastikan keadaan sentiada kemas dan cantik dipandang.

Aktiviti aktiviti rutin seperti menyiram akan cuba dibuat automasi dengan menggunakan pam yang dipasang "timer". Alat alat tambahan seperti "sprinkler" akan dibeli.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus