musim memancing ikan darat sudah tiba
Alhamdulillah cuaca sekarang menuju kearah musim timur. Hujan akan berkurangan dan padi mulai masak. Ikan ikan didalam bendang akan mula mencari jalan untuk masuk ke tali air dan sungai untuk mengelakkan daripada bendang yang semakin kering.
InsyaAllah akan cuba memancing ikan darat seperti ikan puyu, haruan dan keli. Boleh menggunakan joran teleskopik beserta umpan cengkerik untuk memancing ikan darat.
Disamping itu, kebun di kampung juga akan cuba diuruskan kembali kerana banyak anak benih sayuran yang menanti untuk ditanam dan membesar.

Ikan-ikan tu boleh buat pekasam tentu sedappp...
BalasPadaminsyaAllah nak cuba buat pekasam terutama pekasam ikan puyu :)
Padam