perkembangan kebun perumahan 13 Jan 2015

Alhamdulillah dapat mengemas sedikit kebun perumahan. Diantara perkembangan terbaru

Tomato ceri
Pokok tomato ceri sudah mula berbunga. Harap harap bunga akan lekat. Pokok tomato agak tahan lasak dan boleh dipindahkan dari tempat cambahan ke pasu yang lebih besar tanpa banyak masalah.

Petola bantal
Semakin banyak buah petola bantal terhasil dari pokok depan rumah. InsyaAllah akan cuba sedekahkan kepada jiran jiran. Namun, buah petola bantal harus disediakan cepat untuk mengelakkan buah daripada menjadi berserat.

Buah petola bantal yang lama juga dituai dan percubaan menanam daripada biji benih sedang diusahakan. Jika bercambah, benih bolehlah di kongsi atau dijual kepada rakan rakan yang berminat.

Pokok tin
Pokok tin belum lagi menunjukkan tanda tanda hendak berbuah. Sebaliknya, semakin banyak cabang yang terhasil. Mungkin pokok tin memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. InsyaAllah akan ditambah baja untuk menggalakkan penghasilan buah.

Ulam ulaman
Pada masa ini, ulam daun bebuas dan juga selasih thai banyak mengeluarkan hasil.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos