anak anak belalang dan pokok tin lagi

Nampaknya, anak anak belalang masih sukakan daun pokok tin. Buat masa ini dibiarkan sahaja daun daun pokok tin diratah belalang.



Nampaknya, belalang ini hanya menyukai satu vareiti pokok tin. Vareiti lain tidak disentuh.

Pokok pokok tin masih lagi belum berbuah walaupun semasa dibeli nampak seperti sudah sedia untuk berbuah. Ada yang menyatakan pokok tin tengah mabuk daun. Jadi, buat masa ini dibiarkan dahulu pembentukan daun.

InsyaAllah jika ada masa terluang akan cuba mengetut pokok tin yang semakin tinggi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

ikan kaloi dalam kolam