balik kampung 2 Februari 2015

Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini.

Musim timur menjadikan waktu siang panas terik dan malam sangat sejuk. Pokok pokok perlu dijirus untuk memastikan pokok tidak mati kekeringan. Musim timur boleh dijadikan masa untuk menyiapkan tempat menanam sayur dan menyemai benih di kawasan teduh.

Apabila musim hujan datang kelak, benih yang sudah membesar boleh dipindahkan ke kawasan tanaman yang sesuai.

Cuti sekolah akan tiba lagi tidak lama lagi. InsyaAllah ramai cucu cucu mak yang akan balik ke kampung. Kesempatan cuti sekolah ini juga akan digunakan untuk menyiapkan batas tanaman dibelakang kampung. Batu bata akan dibeli untuk disusun menjadi batas batas kebun supaya mudah diurus dan mengelak daripada kejadian banjir apabila tiba musim hujan kelak.

Diantara aktiviti balik kampung kali ini.



Memancing haruan
Alhamdulillah dua ekor ikan haruan berjaya dipancing. Dapatlah mak menyediakan masakan pindang untuk ayah.


Ayah juga berminat untuk belajar teknik pancing haruan menggunakan joran dan kekili. InsyaAllah nanti dapat memancing bersama dengan ayah pula.

Semaian kacang kelisa
Alhamdulillah semaian kacang kelisa masih lagi bertahan dengan pucuk pucuk baru keluar dari semaian. Mak menyiram semaian pada waktu pagi untuk mengelakkan semaian kering.

Jalan jalan kuala kedah
Kebetulan kak chak balik ke kampung minggu ini, jadi kesempatan ini digunakan untuk berjalan di kawasan kuala kedah. Muara kuala kedah pada waktu air surut dipenuhi dengan ribuan ikan belacak. Seronok berjalan di kuala kedah pada dengan kehadiran bayu laut pada waktu petang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus