cara menyimpan petola bantal

Alhamdulillah, petola bantal masih banyak yang boleh dituai untuk dijadikan masakan. Namun, petola bantal perlu diurus dengan betul untuk mengelakkan buah menjadi berserat dan tidak dapat digunakan untuk masakan.

Buah petola perlu dituai apabila sampai peringkat boleh dituai. Ketika buah petola boleh dituai, serat didalam buah masih belum terbentuk dan biji benih masih lembut.

Kesibukan kerja menyebabkan buah yang dituai semasa hujung minggu tidak sempat dimasak dan terpaksa disimpan dahulu. Jika buah dibiarkan pada suhu bilik, serat akan mula terbentuk. 

Untuk mengelakkan masalah ini terjadi. buah boleh dikupas dan dipotong. Kemudian buah boleh disimpan didalam peti sejuk. Dengan cara ini, serat tidak akan terbentuk dan buah petola dapat digunakan apabila hendak dimasak.

Diantara resepi mudah petola bantal yang boleh dicuba ialah petola masak air dan petola tumis bersama sos tiram.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus