percubaan menyemai benih benih cili eksotik

Alhamdulillah pesanan benih cili yang jarang ada di Malaysia sudah dibuat bulan lepas secara online dari peniaga online tempatan.

Benih sudah mula di semai dan direndam. Harap harap akan bercambah dengan cepat. Dua teknik digunakan.

1. Rendam semalaman dan semai didalam bekas semaian
Setakat ini masih belum ada tanda tanda hendak bercambah. Jika masih tidak bercambah, benih akan dikeluarkan dari bekas semaian dan diselidik untuk mengetahui punca tidak bercambah.

2. Rendam semalaman dan semai didalam bekas plastik berisi tisu basah
Teknik semaian pada tisu basah membolehkan peratusan cambahan dapat dilihat.

Cabaran dalam menyemai biji benih yang dibeli ialah kadang kadang benih langsung tidak bercambah. Kekecewaan akan terjadi kepada pembeli apabila mendapati benih yang diharap harap tidak bercambah. Ini akan menjejaskan perancangan penanaman.

Jadi, pembeli boleh membeli sedikit dahulu benih yang hendak dicuba sebagai langkah berjaga jaga untuk memastikan benih yang dibeli boleh bercambah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus