status cambahan biji benih cili beli online

Alhamdulillah minggu ini dapat mengurus sedikit kebun perumahan.

Biji benih yang dibeli dari online nampaknya tidak bercambah langsung. Biji benih direndam didalam air semalaman sebelum disemai dalam tisu lembap. Setelah hampir 5 hari, masih belum ada tanda percambahan. Malah biji benih menjadi busuk. Benih disemai selepas seminggu diterima.

Benih kacang buncis yang dibeli sebelum ini juga dicuba untuk disemai. Nampaknya, hasil tetap sama dimana biji benih tidak bercambah dan menjadi busuk.

Biji benih yang dibeli dari negara jiran tidak mengalami masalah ini. Boleh dikatakan cambahan benih dari negara jiran mencapai peratusan hampir 90 peratus.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus