tuaian kebun perumahan semasa cuti raya cina, 21 Februari 2015

Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan sedikit sebelum raya cina. Kebun nampak lebih kemas. Pokok petola bantal dibelakang rumah sudah dibersihkan perbandaran. Buah buah masih tergantung di atas wayar tiang telefon.



Tidak banyak pembersihan yang dapat dilakukan dibelakang rumah kerana kesibukan tugas. Rasanya lebih mudah mengurus kebun perumahan pada satu bahagian sahaja pada satu masa. InsyaAllah pasu besar dibelakang rumah akan dipindahkan ke bahagian hadapan rumah.

Tuaian kali ini ialah bunga, buah beberapa jenis daun dan pucuk seperti bunga zucchini, buah tomato ceri, daun cekur hitam, daun limau dan pucuk petola.

Buah tomato ceri rasa sangat berbeza dengan buah tomato ceri yang biasa dibeli di kedai. Rasanya lebih manis dan kurang masam. InsyaAllah lebih banyak buah tomato ceri yang akan terhasil kerana ada stok benih yang sedang membesar.

Pucuk pucuk dan daun disimpan dahulu untuk dijadikan masakan.

Rasa puas hati kerana semua tuaian tidak menggunakan racun ataupun baja kimia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus