warna warna kebun perumahan, 18 Feb 2015

Alhamdulillah kebun perumahan agak menjadi buat masa ini dengan penyiraman konsisten walaupun cuaca panas pada masa sekarang.


Tomato ceri
tomato ceri mulai memunjukkan tanda tanda hendak masak. Buah mulai bertukar warna menjadi merah jambu. Mengikut gambar pada paket benih, buah tomato varieti hibrid ini berwarna merah jambu apabila masak.

Pokok tomato ceri yang ditanam didalam bekas polisterin lebih besar dan belum berbunga. Putik putik pada sulur tepi di cabut. Putik ini tidak dibuang begitu sahaja, sebaliknya disemai kedalam bekas semaian baru.




Terung
Buah terung dibiarkan masak diatas pokok untuk dijadikan benih. Pokok terung akan diganti dengan pokok yang baru.



Bayam, ulam raja dan selasih thai
Bayam, ulam raja dan selasih thai hanya perlu ditanam sekali sahaja, selepas tanaman yang pertama, banyak anak benih yang akan terhasil sendiri. Jadi jimat kos untuk membeli benih tanaman.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus