balik kampung 22 Mar 2015 & perkembangan kebun perumahan

Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu ini. Ada sedikit kesempatan waktu untuk menjenguk mak dan ayah di kampung.



Antara aktiviti minggu ini di kampung

Proses pendaftaran bantuan baja MADA
Bantuan baja padi dari MADA disalurkan setiap awal musim. Pesawah perlu datang ke pejabat MADA dan mengisi borang. InsyaAllah bekalan baja akan dihantar pada permulaan musim menanam di rumah.

Memancing
Alhamdulillah dapat memancing sekejap dirumah. Seekor ikan haruan menjadi rezeki untuk mak dan ayah merasa masakan ikan haruan. Tak sempat nak memancing lebih lama kerana kekangan masa.



Jenguk kebun
Hanya sempat melihat anak pokok petola yang sedang galak membesar dibelakang rumah. Harap harap akan ada hasil untuk dinikmati. Selain itu, cabai solok juga ada yang sedang subur dan membesar.

Masih banyak kerja yang perlu dilakukan di kebun kampung.


Aktiviti di kebun perumahan

Tuai pucuk petola bantal
Banyak pucuk petola bantal yang terhasil. Pucuk pucuk dihimpun dan disimpan didalam peti sejuk. Apabila banyak dapatlah dibuat satu hidangan.

Pindah pokok misai kucing dan bunga tongkeng
Pokok misai kucing dan bunga tongkeng telah dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar. Harap harap dapat membesar dan berbunga.

Pokok terung telunjuk
Terung telunjuk sudah mula mengeluarkan hasil. Rasanya sedikit pahit tetapi sedap dibuat ulam atau digoreng bersama belacan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus