perancangan kebun perumahan untuk hujung minggu, 21-22 Mac 2015

InsyaAllah akan melakukan beberapa aktiviti kebun pada hujung minggu ini

1. kemas laman rumah
anak benih yang sudah tidak sihat akan dilupuskan. rasan sayang juga kerana anak benih sebelum ini begitu sihat. Disebabkan kesuntukan masa, penyediaan tapak kebun tidak dapat dilaksanakan,  anak benih tidak dapat ditanam dan dipindahkan untuk membesar. Akhirnya layu didalam bekas semaian.

2. semai anak benih baru
anak benih terung yang dibeli secara online nampaknya gagal bercambah. Sebaliknya dijangkiti kulat. InsyaAllah akan menyemai anak benih terung baka hibrid dari pek yang baru dibeli.

3. pindah anak benih bunga tongkeng
pasu besar dibelakang rumah akan dialih ke kawasan hadapan rumah. Pasu ini akan ditanam dengan anak benih bunga tongkeng.

4. semai anak benih salad dan timun
percubaan menyemai anak benih salad pinang dan timun yang dibeli. Harap harap akan masih boleh bercambah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus