perkembangan kebun perumahan, 14 mac 2015

Alhamdulillah, dapat mengurus sedikit kebun perumahan dikala hujung minggu penuh dengan aktiviti dan kekurangan waktu untuk rehat.

Tomato ceri
Buah tunggal yang masih ada di pokok di tuai. Warna sudah kemerah merahan dan rasanya masam masam manis. Rasa manis melibihi rasa masam.

Petola bantal
Pucuk pucuk petola bantal dituai untuk dijadikan sayur dalam masakan.

Cabai solok
Anak benih cabai solok yang masih dapat diselamatkan dari serangan penyakit mula dipindahkan ke bekas tanaman yang masih kosong.

Mulberi
Pokok mulberi mulai berbuah kembali, harap harap akan menghasilkan lebih banyak buah.

Kompos
Sisa sayuran dari dapur dikompos didalam pasu kompos. Sisa sayuran dikumpul dahulu didalam satu bekas plastik sebelum dikompos.

Terung
semaian baru benih terung yang dibeli dari penjual online dibuat. Harap harap bercambah insyaAllah.

Selasih thai
Anak benih selasih thai telah dipindah ke pasu yang lebih besar. Namun, keesokan harinya pokok yang masih kecil sudah tiada. Kemungkinan besar sudah dimakan oleh siput.

Buat masa ini, siraman dibuat keatas pokok sayuran sekerap mungkin untuk mengelakkan pokok terbantut kerana musim kering yang melanda utara tanah air.

Pasu besar dibelakang rumah akan diubah kebahagian hadapan supaya kebun kampung lebih senang untuk diurus.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus