perkembangan kebun perumahan 31 April 2015

Alhamdulillah kebun perumahan semakin mengeluarkan hasil. Musim panas sudah hampir penghujung. Hujan lebat sudah mula turun semakin kerap.


Ulam raja
Diantara hasil yang sedia untuk dituai ialah ulam raja. Penyiraman yang konsisten setiap dua hari berjaya mengelakkan pokok pokok ulam raja layu dimusim cuaca kering.

Tomato ceri
Tomato ceri mula mengeluarkan hasil lagi. Namun, masih banyak bunga tomato yang tidak lekat buah. InsyaAllah akan cuba membuat pendebungaan bantuan pada pokok tomato ceri walaupun erdapat banyak serangga pendebungaan di kawasan kebun.



Petola bantal
Banyak bunga jantan petola bantal yang mekar diawal pagi. Namun, bunga betina masih belum kelihatan. Harap harap bunga betina akan keluar tidak lama lagi.



Cabai solok
Cabai solok sudah mula lekat buah. InsyaAllah dalam dua minggu lagi akan sedia untuk dituai.

Mulberi
Pasu mulberi akan cuba dipindahkan ke kawasan terbuka supaya mendapat cahaya matahari penuh. Mulberi jiran sangat rajin berbuah walaupun ditanam didalam pasu.

Perancangan bulan april
InsyaAllah akan mula menyemai benih benih sayuran jenis daun dan timun dipermulaan musim hujan ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos