perkembangan kebun perumahan: cili solok mula berbunga

Alhamdulillah, perkembangan terbaru dari kebun perumahan ialah cili solok mulai berbunga. Moga moga cepat lekat buah insyaAllah.

Banyak lagi benih benih cili solok yang disemai namun tidak dapat di pindahkan ke pasu kerana kekurangan tempat untuk menanam. Benih benih ini pula sekarang kelihatan tidak sihat lagi dan diserang oleh kutu trip, iaitu serangga putih kecil yang menyebabkan pokok menjadi terencat.

Petola Bantal
Selain daripada cili solok, petola bantal pula kembali berbuah. Apabila balik dari kerja sempat mengamati pokok petola, kelihatan buah yang sudah hampir sedia untuk dituai. Tidak sedar bila ada bunga betina kerana tidak begitu menonjol.

Selasih thai dan misai kucing juga sedia untuk ditanam ke kawasan halaman rumah.

Benih baru bunga tongkeng bagi menggantikan pokok bunga tongkeng yang mati akhirnya berjaya didapati dari pusat semaian di Tasek Gelugor. InsyaAllah akan dipindah ke pasu yang lebih besar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus