semai tomato ceri dari keratan sulur

Alhamdulillah dapat mengemas kebun perumahan sedikit walaupun kesibukan kerja. Waktu menyiram biasanya dilakukan pada waktu tengah malam apabila pulang dari kerja. Namun, ada juga pokok yang terlepas dari rutin meyiram.

Baru baru ini, anak benih pokok tomato ceri yang disemai sebelum ini sudah mati kerana kekurangan air. Sayang kerana benih tomato ini tidak dapat dipindah ke bekas penanaman. Alhamdulillah, keratan sulur tomato ceri dari pokok yang sedang membesar beberapa minggu lepas nampak sudah boleh dipindah ke tempat penanaman.

Salah satu cara untuk menggandakan jumlah tanaman tomato ialah dengan menggunakkan keratas sulur. Dengan cara ini, dapat menjimatkan tempoh menyemai tanaman tomato yang baru. Sulur tomato boleh dipatahkan dengan menggunakan tangan dan disemai didalam bekas semaian. Pastikan air cukup. InsyaAllah dalam beberapa hari sulur akan mengeluarkan akar.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus