balik kampung 25 April 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu ini. Musim buah mempelam di kampung sudah semakin hampir. Buah buah sudah semakin banyak yang hampir masak. Buah mempelam pauh sudah banyak yang luruh. Buah dari varieti lain seperti chokanan dan vareiti yang besar sedang hampir masak.

Waktu di kampung masih lagi tidak mencukupi, banyak kerja yang perlu dilakukan. Antara aktiviti yang dapat dilakukan minggu ini.

Bersih kawasan kebun
Kawasan untuk penanaman kebun sudah dibersihkan daripada rumput rumpai. Tanah yang diambil dari kerja membuat parit di kawasan kampung akan digunakan untuk membuat batas baru.

Kawasan parit dibelakang rumah juga dibersihakan sedikit kerana dipenuhi kankung liar. InsyaAllah kangkung akan dikumpulkan dan dijadikan sebagai bahan baja.

Anak anak pokok pisang pula sedang dikumpulakan untuk dijadikan anak pokok dikawasan kampung yang baru ditambak.

Petola bantal dan petola segi
Percubaan untuk mendebunga petola segi secara manual nampaknya tidak berhasil. Petola segi mempunyai masa bunga jantan mekar pada waktu petang. Menjelang waktu maghrib barulah bunga petola segi berkembang.

Pokok petola bantal pula semakin membesar. Terdapat beberapa buah yang sesuai untuk dituai beberapa hari lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus