balik kampung 12 April 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu lepas. Musim kering sudah berakhir dan musim hujan sudah bermula.
Petak petak sawah masih belum dibajak. Pokok buah mempelam pula sudah mula menghasilkan buah. InsyaAllah dalam sebulan lagi, banyak buah mempelam yang dapat dimakan.

Antara aktiviti hujung minggu di kampung


Melawat tok tam
Mak dan ayah ajak ziarah tok tam di kampung hilir. Alhamdulillah dapat menziarahi tok tam. Tok tam juga rajin menanam sayuran seperti petola dan terung ditepi rumah.


Tebas rumput
Tanah tanah lapang di penuhi rumput yang galak tumbuh semasa musim hujan. Waktu pagi ahad dihabiskan untuk menebas rumput disekeliling rumah.


Tuai petola
Petola segi yang tumbuh dibelakang bangsal sudah menghasilkan buah. Baka jenis hibrid menghasilkan buah yang panjang dan kurus. Disebabkan tiada pokok lain, kadar penghasilan buah tidak banyak kerana kurang berlaku pendebungaan bunga betina.





Melawat kampung
Alhamdulillah kerja kerja menambun kebun kampung sudah selesai. Tanah menjadi lebih tinggi dan kurang digenangi air. Ruang ruang kosong insyaAllah akan ditanam dengan anak pisang dan juga sayur sayuran. Pokok ibus yang besar didalam kebun pula sudah tumbang.


Memancing
Alhamdulillah dapat memancing lagi kali ini di kampung. Kalau sudah rezeki, ada juga ikan haruan yang menyambar pada waktu tengah hari terik. InsyaAllah akan dijadikan hidangan untuk makan tengah hari mak dan ayah di kampung. Ikan yang dipancing sebelum ini mati tidak sampai beberapa hari selepas ditangkap.



InsyaAllah akan cuba menyediakan batas tanaman dikawasan rumah kampung. Cuaca sekarang tidak terlalu terik dan hujan yang selalu turun memudahkan pengurusan tanaman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus