perkembangan kebun kampung dan perumahan 19 April 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung sekejap pada hari sabtu. Masa begitu suntuk untuk meninjau kebun di belakang.

Tugasan untuk menebang pisang di kampung pun tidak kesampaian. Terpaksa menunggu seminggu lagi insyaAllah. Aktiviti yang sempat dilakukan dikampung ialah mendebungakan secara manual petola segi. Harap harap akan ada lagi buah petola segi yang terhasil.

Aktiviti memancing juga agak terbatas kerana kangkung terlalu banyak didalam tali air. InsyaAllah akan cuba menebas kangkung supaya lebih mudah untuk memancing semasa cuti hari buruh.


Kebun perumahan

Kebun perumahan pula merimbun dengan daun daunan hijau semasa musim hujan ini. Aktiviti merumput diadakan. InsyaAllah pasu yang kosong akan diisi dengan biji benih tanaman.

Buah tomato ceri dan cabai solok masih menanti untuk dituai. Kekangan masa menjadi faktor penghalang untuk menuai dan dijadikan hidangan.

Pokok terung baru sedang dibesarkan dan dialihkan ketempat yang lebih terang. Moga moga dapat menuai buah terung dari pokok yang baru beberapa minggu dari sekarang.

gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus