perkembangan dan tuaian kebun perumahan 22 April 2015

Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan sedikit awal pagi rabu. Beberapa aktiviti mengurus dan tuaian kebun perumahan sudah dilakukan.

Tuaian


Cabai solok, tomato ceri dan terung telunjuk yang sudah masak dituai awal pagi. Buah tomato ceri sudah hampir merekah. Kemungkinan akibat taburan hujan lebat ditengah malam. Terung telunjuk pula sudah berwarna kuning hanya sesuai untuk dijadikan stok biji benih sahaja. Warna warni tuaian hari ini sangat menarik.

Selain itu, pucuk petola bantal juga dituai. Petola bantal juga sudah ada tanda tanda akan mengeluarkan bunga betina. InsyaAllah jika ada rezeki dapat merasa buah petola bantal pula.

Perkembangan kebun perumahan

Pokok tomato ceri yang ditanam didalam pasu dipindahakan ke kawasan luar rumah. Begitu juga dengan anak selasih thai yang di pindahkan ke pasu yang masih kosong.

Tinjauan pada pokok kaduk pula menunjukkan pokok daun kaduk diserang "white fly". Daun habis kerekot. Kebiasaanya daun kaduk jarang diserang penyakit.

Pokok bunga tongkeng pula semakin membesar dan memanjat. Jadi tiang memanjat ditambah supaya sampai ketinggian dua meter. Semoga cepat berbunga insyaAllah.

Perancangan bulan depan

Renovasi kebun perumahan
InsyaAllah kebun perumahan memerlukan lebih banyak renovasi supaya kelihatan lebih kemas. Bumbung yang sudah pecah akan diganti. Jika ada bajet, proses automasi siraman akan dilaksanakan.


Semaian benih baru.

Selain itu, semaiana akan dibuat untuk menyediakan anak benih untuk kebun kampung. Sebagai persediaan awal semasa menyediakan tapak penanaman di kebun kampung Diantara benih yang akan dicuba ialah benih petola, bayam, kangkung, labu, kekacang dan jagung.

Bela ayam
InsyaAllah akan membela ayam di kampung beberapa ekor supaya dapat dijadikan stok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus