balik kampung cuti 2 Mei 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung awal bulan Mei 2015. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Tempoh pengajian bagi semester ini semakin sampai ke penghujungnya. Harap harap akan ada lebih banyak masa menjelang bulan ramadhan.

Bang Tam sekeluarga pulang bercuti dari Kuala Lumpur. Anak anak saudara menghabiskan masa menjelajah segala perosok kampung. Diantara aktiviti kegemaran mereka ialah memancing dan mengejar ayam.

Musim buah mempelam sekarang menyebabkan banyak buah mempelam dapat dituai. Alhamdulillah banyak rezeki yang boleh dikongsi dengan sanak saudara, jiran dan rakan rakan yang mengunjungi kampung.

Antara catatan balik kampung minggu ini


Bersih kampung


Alhamdulillah dapat membersih kampung dan meneruskan projek menanam anak pokok pisang. Pisang jenis awak dipilih kerana sesuai untuk tanah liat, permintaan yang tinggi, tahan penyakit dan tahan banjir.

InsyaAllah akan meneruskan projek menanam di kampung dengan jagung, timun, petola, labu dan kekacang.

Memancing


Alhamdulillah ada rezeki kali ini, beberapa ekor ikan haruan dan ikan puyu berjaya dipancing oleh anak anak saudara. Dapatlah mereka merasa ikan haruan goreng untuk masakan tengah hari.


Projek membela ayam kampung dan membersih parit akan diteruskan minggu ini jika ada rezeki.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus