perkembangan kebun perumahan 22 Mei 2015

Alhamdulillah, hari ini dapat menjenguk kebun perumahan sebelum pergi kerja. Selalunya masa lewat malam dan awal pagi digunakan untuk menguruskan kebun perumahan. Banyak lagi perkara yang perlu dibuat seperti menggantikan bumbung lutsinar yang sudah pecah.

Cuaca beberapa hari ini tidak menentu dengan beberapa hari sangat panas terik. Keadaan ini menyebabkan pokok yang disiram cepat layu. Jadi, kebun perumahan sentiasa perlukan perhatian terutama aktiviti menyiram.

Diantara perkembangan terbaru.



 Tuaian cabai solok
Alhamdulillah tuaian cabai solok dari pokok baru. Bagaimanapun, apabila diamati terdapat ulat didalam cili solok. Tanaman diperumaha dibiarkan bebas dari penggunaan racun perosak sejak beberapa tahun.

Kadang kadang terfikir berapa banyak racun perosak yang digunakan bagi mendapatkan buah cili yang cantik dan berkilat pada ladang ladang komersial.






Buah tin
Buah pokok tin semakin membesar dan menarik perhatian semut semut. Harap harap akan dapat dituai beberapa minggu lagi. InsyaAllah akan cuba tambah baja untuk meransang pokok menghasilkan lebih banyak buah.


Anak anak pokok terung
Pokok terung nampaknya banyak yang bercambah apabila terkena air hujan. Sekarang ini agak tidak mempunyai masa untuk mengalihkan anak anak pokok terung. Anak pokok terung mudah diubah cuma memerlukan fokus kerana jumlah yang bercambah melibatkan berpuluh puluh benih.


Bunga bebuas

Pokok bebuas mengeluarkan bunga pada musim hujan ini. Pokok sudah semakin besar dan tinggi. Mungkin akan dipangkas kerana pokok yang dipangkas mengeluarkan banyak pucuk yang baru



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus