perkembangan kebun perumahan 25 Mei 2015

Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan sedikit dengan masa yang ada. Hujung minggu ini agak suntuk masa kerana banyak digunakan untuk berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Banyak masa dihabiskan didalam kereta dan kurang waktu rehat.

Pada hari ahad, dapatlah menggunakan sedikit masa yang terluang untuk beberapa aktiviti.


Bersih laman rumah
Pokok petola bantal yang semakin tidak sihat dan terung hijau yang sudah mati dipangkas. InsyaAllah pasu terung hijau akan direhatkan sebelum ditanam semula.

Penyediaan pasu untuk semaikan baru
Pasu pasu yang tidak digunakan akan diisi dengan tanah untuk memulakan semaian baru tanaman seperti lobak merah, kacang panjang dan timun.




Perkembangan terung
Pokok terung panjang dan terung bulat kini semakin membesar. Aktiviti menyiram dan pembajaan harus dijaga untuk memastikan pokok menghasilkan buah dengan baik.

Memancing
sedikit masa diluangkan untuk memancing di kawasan tali air berdekatan perumahan. Namun tidak ada ikan yang sudi menyambar. Harap harap rezeki lebih baik pada masa hadapan.

Banyak benih tanaman baru untuk dicuba. InsyaAllah akan cuba cepatkan aktiviti mencambah benih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus