perkembangan kebun perumahan 27 Mei 2015

Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan lagi pada minggu ini. Hanya sekadar 30 minit diluangkan untuk mengurus kebun perumahan. Masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Cukuplah dengan menguruskan secara sedikit demi sedikit.

Diantara perkara yang dapat diselesaikan pagi ini

Pangkas petola bantal
Pokok petola bantal dipangkas sedikit kerana sudah semakin tua dan berserabut. Kesian juga melihat lebah lebah tukang yang datang mencari bunga petola bantal, namun pokok petola bantal sudah tiada bunga lagi pada masa ini.

Pangkas pokok mulberi
Pokok mulberi dipangkas untuk menggalakkan penghasilan pucuk baru. Disamping itu, permukaan pasu disungkup dengan daun petola bantal untuk mengurangkan penyejatan dan menjadikan tanah lebih lembap.

Semai timun
Dua vareiti timun yang dibeli online akan dicuba. Vareiti ini dari negara beriklim sederhana. Harap harap akan berjaya dicambahkan.

Tambah kompos pada pokok terung
Pokok terung dan cili ditambah dengan kompos yang masih banyak supaya pokok mendapat baja dan nutrien untuk menghasilkan buah.



Tuaian ulaman
Alhamdulillah, sedikit ulam ulaman dapat dituai untuk makan tengah hari nanti.

Perkara perkara tertangguh.
Benih terung telunjuk yang banyak masih perlu diasingkan. InsyaAllah bila besar sedikit, boleh diedarkan dan dijual kepada rakan yang berminat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus