balik kampung 20 Jun 2015

Alhamdulillah, dapat balik berbuka puasa dikampung pada minggu ini. Suasana berbuka puasa di kampung lebih seronok berbanding berbuka puasa di bandar.

Cuaca dikampung tidak menentu, pada pagi agak mendung. Namun, menjelang tengah hari cuaca menjadi sangat panas. Jadi masa tengah hari sehingga petang banyak dihabiskan didalam rumah sahaja.

Ada berkembangan kebun perumahan boleh dikongsi

Musim buah mempelam
Musim buah mempelam sudah hampir ke penghujungnya. Masih terdapat buah yang boleh dituai untuk dimakan ketika berbuka puasa.

Buah petola
Buah petola segi yang tumbuh di belakang rumah semakin galak berbunga. Harap harap akan banyak yang lekat buah. Teknik mengekalkan kesegaran buah petola yang boleh dicuba ialah dengan menterbalikkan buah kedalam bekas berisi air. Dengan cara ini, hujung tangkatp sentiasa menerima air dan buah kekal segar.



Cabai solok
Cabai solok di kampung juga semakin berbuah. Terdapat beberapa biji buah sabai solok yang sedia dituai.

InsyaAllah akan cuba menyiapkan laman sayuran dibelakang rumah. Projek sudah tertangguh beberapa bulan. Hanya perlu menyemai beberapa biji benih secepat mungkin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus