cadangan menambah stok ikan di kebun perumahan

InsyaAllah akan cuba menambah stok ikan di kebun perumahan. Buat masa ini hanya ikan kaloi, keli dan beberapa ekor ikan patin menghuni kolam konkrit bersaiz 4x10 kaki.

Rasanya, masih banyak stok ikan yang boleh ditambah untuk membolehkan ikan ikan segar untuk kegunaan dapur diternak.

Warna ikan memainkan peranan juga dalam melihat perkembangan pertumbuhan ikan. Ikan yang berwarna cerah lebih mudah untuk dikenal pasti dari jauh. Ikan patin agak sukar dikesan kerana warna badan bahagian atas yang gelap menyerupai warna dasar kolam.

Ikan yang akan ditambah ialah ikan tilapia kerana faktor pertumbuhan dan untuk menambah vareiti ikan yang ada. Sebelum dilepaskan kedalam kolam utama, ikan akan dibesarkan dulu dalam kolam lain sehingga mencapai saiz sederhana. Ini untuk mengelakkan ikan ikan yang besar memakan ikan yang bersaiz kecil.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus