balik kampung 5 Julai 2015

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Masa sedikit suntuk kerana perlu membuat laporan kerja.

Cuaca mendung dan hujan mulai turun. Kulat sisir mulai banyak keluar dari dahan mempelam yang mati. Dapat juga dikutip dalam segenggam. Namun, terlupa untuk dibawa balik ke Pulau Pinang.

Minggu ini hajat untuk membantu ayah mengangkat baja ke bendang tidak kesampaian.

Tanah juga sesuai untuk ditanam sekarang ini kerana masih lembap akibat hujan lebat. Namun, masa begitu suntuk sehingga tidak sempat hendak menyemai.

Pucuk tenggek burung juga semakin tinggi, insyaAllah akan dipangkas supaya lebih banyak pucuk yang terhasil.

InsyaAllah semua kerja kerja yang tertangguh  akan cuba lakukan pada minggu akan datang.

Ulasan

  1. menyinggah jap...Balik kampung 5 Julai ya...maknanya balik kampung time birthday saya...

    BalasPadam
  2. menyinggah jap...Balik kampung 5 Julai ya...maknanya balik kampung time birthday saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki sekeluarga insyaAllah :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus